22 Julai 2009

Kupasan Ringkas Debat Alam Sekitar UMT 2009

(Ini adalah artikel terakhir tulisan Aliashim Albani didalam blog ini. Terima kasih kerana membaca dan memberi komen untuk setiap hasil tulisan saya. :P)

Assalammualakum w.b.t.

Kupasan Debat Alam Sekitar UMT 2009 ini bukanlah kupasan kepada teknikal atau konseptual pembawaan pendebat-pendebat yang bertanding tetapi lebih kepada perjalanan majlis pertandingan akhir debat alam sekitar UMT 2009 (DEBAT ASUMT).

Pada awalnya, program ini dirancang dilaksanakan pada 1,8 dan 9 ogos 2009. Namun, melihat kepada keadaan kewangan dan kesuntukan masa, saya selaku Pengarah Program bersama-sama dengan Majlis Tertinggi yang lain membuat keputusan untuk mengubah format Pertandingan ini kepada satu format yang mewujudkan "Win-win situation" diantara Kelab ENTECH dan Kelab DEMI. Akhirnya Konsep "Ringkas tetapi Bermakna" berjaya saya rangka berpandukan kepada keadaan kewangan yang dimiliki. Program ini dilaksanakan dalam tempoh hanya 1 hari sahaja.

Program ini amat unik dan saya kira belum lagi pernah dilaksanakan oleh mana-mana Kelab di UMT. Ini kerana ia menggabungkan 3 organisasi iaitu Jabatan Sains Kejuruteraan FST, Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH) dan Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI). Selain itu, Program Ceramah juga memainkan peranan yang penting didalam program ini dimana, Sesi soal Jawab amat berjaya kerana interaksi diantara penceramah dan audiens mewujudkan satu suasana ala-ala "debat berkelompok".

Untuk masa hadapan, Satu perancangan yang teliti perlu dibuat terutamanya dari segi kewangan. Kelab DEMI juga boleh mengambil contoh format program ini sebagai salah satu program pemilihan pendebat mewakili UMT. Sebagai contoh, untuk debat kepenggunaan, Kelab DEMI boleh memohon kerjasama dengan Kelab Keusahawanan. Begitu juga dengan debat-debat yang lain.

Percayalah, walaupun terdapat pelbagai masalah yang timbul semasa mengendalikan program ini, namun sebagai Perintis, ia adalah perkara biasa. Namun, saya amat berharap Debat ASUMT juga perlu diambil berat oleh Kelab DEMI dan terus dianjurkan ditahun hadapan seperti mana penganjuran Debat PNC.

Yang Benar
Aliashim Albani
Pengarah Program Debat ASUMT 2009 (Edisi 1)
a.k.a Exco Publisiti Kelab DEMI.



(Pasukan Debat yang bertanding)


(Penceramah 1 - Mr Sunny- Pensyarah Jabatan Sains Kejuruteraan UMT) : Pakar Pengurusan, undang-undang alam sekitar dan hidrologi


(Penceramah 2 - Dr. Zamry- Ketua Jabatan Sains Kejuruteraan) : Pakar Renewable Energy dan Kejuruteraan Bendalir


(Sambutan Pelajar UMT yang sangat menggalakkan)
(Ini adalah artikel terakhir tulisan Aliashim Albani didalam blog ini. Terima kasih kerana membaca dan memberi komen untuk setiap hasil tulisan saya. :P)

20 Julai 2009

PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR UMT 2009



Jabatan Sains Kejuruteraan UMT, Kelab Teknologi Alam Sekitar UMT dan Kelab Debat Mahasiswa UMT dengan bangganya membawakan kepada anda Program Pertandingan Debat Alam Sekitar UMT 2009

Tarikh : 21 Julai 2009
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Dewan Mahyudin, FPE UMT

(Info : Aliashim bin Albani - 012-8622360 [Pengarah Program])

Media Rasmi :

18 Julai 2009

Tahniah dan syabas!

Tahniah diucapkan kepada kakanda2 yang baru bergelar graduan pada Majlis Kovokesyen UMT 2009 baru-baru ini. Semoga kalian akan terus berusaha memantapkan diri dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kami akan sentiasa mengingati dan mendoakan kakak-kakak sekalian..

Saudari Erny Haslina Abdul Latib, Presiden DEMI 07/08.
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran)

Saudari Intan Shazlin Tajul Ashikin, Timbalan Presiden DEMI 07/08
Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)

Saudari Qurratu 'Aini Zainuddin, Exco Akademik DEMI 07/08
Ijazah Sarjana Muda Sains (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti)

Jangan lupakan adik-adik disini, dan rajin-rajinlah jenguk kami di UMT. Sayang selalu...^^

17 Julai 2009



Kepada semua ahli DEMI yang berminat untuk menghadiri Majlis Pertandingan Debat Alam Sekitar UMT 2009 tetapi mempunyai kelas pada 21 Julai 2009, Jam 8.00pg - 1.00 ptg, sila berikan nama anda kepada Adawiyah atau Wawa untuk mendapatkan surat pengecualian kuliah. Kerjasama anda amat dihargai.

Keterangan lanjut :
Aliashim Albani - 012-8622360
(Pengarah Program)

14 Julai 2009

PROGRAM PEMANTAPAN KEMAHIRAN DEBAT DAN HARI KELUARGA DEMI 2009

Kelab DEMI akan mengadakan PROGRAM PEMANTAPAN KEMAHIRAN DEBAT DAN HARI KELUARGA DEMI 2009 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 17 dan 18 Julai 2009
Hari : Jumaat dan Sabtu
Tempat : Air Terjun Sekayu, Kuala Berang
Bayaran : RM20 sahaja
Tarikh Daftar : 14 Julai 2009 (Selasa) di Kafe Baru

Pelbagai aktiviti yang menarik menanti anda. Ada sesi ice-breaking, LDK, sambutan hari lahir, pidato umum, BBQ, senam tari dan pelbagai lagi! Marilah kita sama-sama memeriahkan lagi program ini disamping menimba ilmu dan belajar. Sesiapa yang berminat, anda bolehlah menghubungi IDA 013-4345475 untuk pendaftaran. Terbuka kepada semua pelajar UMT, ahli DEMI sama ada baru atau lama dan juga ALUMNI DEMI.. Penyertaan kalian dialu-alukan..^^

13 Julai 2009

PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR UMT 2009





PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR UMT 2009

TARIKH : 21 JULAI 2009
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : AUDITORIUM MAHYUDDIN, FPE, UMT.

"Pertandingan yang menemukan 2 pasukan terbaik UMT."

Untuk keterangan lanjut, hubungi

Aliashim Albani : 012-8622360
(Pengarah Program)

Datanglah beramai-ramai.

12 Julai 2009

PENGUMUMAN!

Pemilihan wakil UMT ke Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 di Universiti Teknologi Petronas, Perak akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Julai 2009
Tempat : Foyer Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT
Masa : 8.30 malam
Usul : 'Earth Hour' Perlu Diteruskan

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai atau menonton pemilihan yang akan diadakan ini, anda dialu-alukan ke tempat yang telah dinyatakan. Bagi sesiapa yang ingin meyertai, anda dikehendaki memaklumkan kepada Nurul Hadijah 017-9442674 untuk butiran lanjut. Fakta kes dan pasukan hendaklah disediakan sendiri. Diharap para pendebat sekalian bersedia dan memberikan saingan yang hebat kepada semua. Semoga berjaya!

10 Julai 2009

Latihan Debat Pertama Sesi Julai 09/10

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya latihan debat yang pertama untuk semester ini, iaitu sesi Julai 09/10. Dengan usul '1Malaysia Hanya Retorik', pertembungan berlaku antara pihak kerajaan yang terdiri daripada Nasrul, Faris dan Jijah manakala trio pembangkang pula ialah James, Shahrul dan Helmy. Secara keseluruhannya, perdebatan semalam berlaku dengan menarik dan memuaskan. Boleh dilihat beberapa orang pendebat UMT yang semakin menonjol dan membuat persembahan yang lebih menarik berbanding semester lepas. Tahniah diucapkan kepada semua. Ternyata penyertaan dan penglibatan anda dalam pertandingan-pertandingan debat yang lepas berjaya meningkatkan mutu perdebatan masing-masing. Apa yang penting, kita janganlah mudah rasa selesa dengan kedudukan kita sekarang kerana kita masih mendaki untuk ke atas. Lebih gigih kita berusaha, lebih tinggi kita akan naik dan tidak mustahil suatu hari nanti kita akan berada di puncak. Amin.

Selain itu, latihan ini juga merupakan satu permulaan yang baik apabila ramai junior baru yang turun menonton dan turut sama menyertai sesi perbincangan latihan debat yang pertama untuk semester ini. Walaupun mereka masih baru dengan corak perdebatan universiti, mereka cuba untuk melibatkan diri dan memahami perdebatan yang berlangsung. Diharapkan kepada junior-junior baru ini, teruskan memberi komitmen dan belajar dari kakak-kakak dan abang-abang ini. Semoga kita akan berjaya menaikkan martabat UMT dan meletakkan pendebat DEMI UMT sebaris dengan pendebat-pendebat IPT lain yang disegani. Jangan malu untuk bertanya, jangan malas untuk belajar, jangan diam apabila tahu dan jangan kedekut apabila ditanya. Marilah kita sama-sama belajar dan sama-sama menuntut ilmu. Majulah debat dalam peradaban.















Barisan kerajaan dan pembangkang sedang berdebat
















Sesi perbincangan dan analisis mengenai perdebatan yang telah berlaku

01 Julai 2009

USUL DEBAT ALAM SEKITAR 2009

Usul untuk Debat Alam Sekitar 2009 edisi ke-19 yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 Julai 2009 di Universiti Teknologi Petronas. Diharap semua dapat memberi sedikit ruang untuk memahami usul-usul ini. Terima Kasih...

Pusingan 1
Penerokaan hutan membawa faedah.

Pusingan 2
Penggunaan pembungkus plastik perlu diharamkan.

Pusingan 3
“Earth hour” perlu diteruskan.

Pusingan 4
Kereta Hibrid hanya menguntungkan pengeluarnya.

Pusingan 5
Dunia memerlukan teknologi biofuel.

Pusingan 6
Perdagangan karbon menjual alam sekitar.

Suku Akhir
Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar lebih efektif daripada insentif ekonomi.

Separuh Akhir
Pencinta alam sekitar cuma bertepuk sebelah tangan.

Akhir
Masalah Alam Sekitar : Agenda Politik Mesra Alam adalah jawapannya.



Untuk sebarang maklumat terkini dan info tambahan, sila rujuk laman ini :

http://debatalamsekitar2009.blogspot.com/

~Selamat Maju Jaya ~