19 Januari 2009

DEBAT PIALA NAIB CANSELOR UMT 2009





Designed by : Aliashim Albani (DEMI Club Publicity Exco)


(Sila Klik pada gambar diatas untuk paparan lebih jelas)

15 Januari 2009

PERTANDINGAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2009

Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI) Universiti Malaysia Terengganu akan menganjurkan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor pada 14 Februari 2009 hingga 14 Mac 2009. Pertandingan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab DEMI. Namun, pada tahun ini format pertndingan telah diubah sedikit iaitu pertandingan kali ini akan diadakan secara interfakulti.

Apa yang menarik, pertandingan ini juga diadakan untuk memilih pendebat UMT dimana para pelajar yang dilihat berpotensi untuk menjadi pendebat, akan berpeluang untuk mewakili universiti dalam pertandingan debat akan datang seperti Pertandingan Debat Perpaduan dan Debat Alam Sekitar.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, anda amatlah dialu-alukan. Anda tidak perlu risau jika tidak tahu mengenai struktur perdebatan atau teknikalnya kerana kami telah menyediakan satu Bengkel Pengenalan Teknikal dan Penghakiman Debat kepada para peserta untuk mendedahkan kepada anda mengenai struktur perdebatan yang sebenarnya.

Penyertaan dibuka kepada dua ketegori iaitu kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Setiap program diwajibkan menghantar SEKURANG-KURANGNYA SATU PASUKAN yang terdiri daripada 3 pendebat utama dan seorang pendebat simpanan.

Berikut adalah tentatif pertandingan:-

JADUAL PERTANDINGAN

PENDAFTARAN PERTANDINGAN DEBAT PADA:
Tarikh : 1 Februari 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Serbaguna Asrama Fasa 1

BENGKEL PENGENALAN TEKNKAL DAN PENGHAKIMAN DEBAT KEPADA PESERTA
Tarikh : 14 Februari 2009
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah, Kompleks Kuliah

PUSINGAN 1
Tarikh : 27-28 Februari 2009 (Jumaat dan Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilk Kuliah, Kompleks Kuliah
Fakulti : FST(27 Februari 2009) dan FPE (28 Februari 2009)

PUSINGAN 1
Tarikh : 6-7 Mac 2009 (Jumaat dan Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilk Kuliah, Kompleks Kuliah
Fakulti : FMSM (6 Mac 2009) dan FASM (7 Mac 2009)

PUSINGAN SUKU AKHIR(pagi) DAN SEPARUH AKHIR(petang)
Tarikh : 13 Mac 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Bilk Kuliah, Kompleks Kuliah
Fakulti : SEMUA FAKULTI

PERTANDINGAN AKHIR
TARIKH : 14 MAC 2009
TEMPAT : AUDITORIUM PSNZ


Sesungguhnya debat merupakan antara aktiviti yang mampu melahirkan para mahasiswa yang cemerlang disamping menjadi medan mengasah minda dan memperluaskan wadah ilmu seterusnya mengukuhkan daya kritis dan analitis para mahasiswa. Jadi, diharapkan semua pelajar UMT turut serta dalam memeriahkan pertandingan ini. Berilah sokongan kepada rakan-rakan yang mewakili program anda. Semoga Berjaya!!

08 Januari 2009

Mesyuarat Agung Tahunan

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 2007/2008. Berikut maklumat mengenai mesyuarat kali ini.


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB DEBAT DAN MAHASISWA INTELEKTUAL (DEMI) KALI KE-5


Tarikh: 8 Januari 2008

Tempat: Medan Syarahan Barat

Masa: 8.45 malam hingga 11.00 malam


Oleh itu, semua ahli kelab DEMI dijemput hadir. Bagi yang berminat, kaunter pendaftaran ahli baru juga akan dibuka.Sila datang beramai-ramai.Bawa kawan-kawan anda sekali untuk menyertai kelab yang paling seronok di UMT ini...

Sekian untuk makluman...