29 Disember 2009

Tahun Baru Yang Meriah

Assalamualaikum.

Sudah begitu hampir ke tarikh 1 Jan 2010. Tersusun sudah agenda yang bakal menerjah di tahun 2010 kelak. Pelbagai pertandiangna akan berlaku secara back to back (satu pertandingan bersambung satu pertandingan). Berikut adalah diantaranya:

1. Debat Institut Kefahaman Islam (IKIM) 12 Februari 2009
2. Debat Piala Naib Canselor (PNC) Februari 2009
3. Debat Integriti Mac 2009

Umum memaklumi, sudah lama Universiti Malaysia Terengganu tidak menghantar wakil ke debat ikim. Harap-harap 'comeback' yg menjadi. Untuk pengetahuan, debat IKIM amat terkenal dek habuan sang pemenang yang paling lumayan (rm15, 000 utk Johan) antara pertandingan-pertandingan yg lain. Tambahan pula, bermula 2009, hadiah berupa geran utk Kelab Debat bernilan rm10,000.00 turut disediakan. Lumayan kan?

Namun, harus diketahui, format dan cara pemarkahan debat IKIM sedikit berbeza, yang mana tiada aras had yang tertentu utk pemarkahan pasukan. Makna katanya, 0 markah adalah tidak mustahil, begitu juga 100 markah. Maka bersedia lah ye? Jangan salah kan Juri pulak tau. Mereka ada hak. :D Dan yang lebih menarik, syarat pertandingan yang meletakkan diwajibkan pendebat wanita UTAMA, makna nya pendebat wanita yang berdebat, tidak dibolehkan sekadar hiasan. Menarik.

Debat IKIM juga menggalakkan penyertaan bukan Islam dalam pertandingan ini. Bersesuaian lah dengan institut kefahaman islam kan?

Debat Piala Naib Canselor kali ini pada pendapat saya, benar-benar menjadi satu platform utk kita mencungkil bakat2 yang masih mentah. Ini kerana saya difahamkan, junior 2nd year DEMI dan senior DEMI tidak terlibat sebagai peserta pertandingan PNC kali ni. Menarik kan? Jadi, kita akan dihidangkan dengan bakat mentah yang menunggu peluang utk kita gilap menjadi pelapis debat Universiti Malaysia Terengganu. Tidak sabar rasanya ingin melihat fenomena itu.

Harapan saya agar PNC dapat berjalan lancar kerana bagi saya, ini adalah latihan asas bagi menyediakan kita sebagai tuan rumah Debat Alam Sekitar nanti.

Debat Intergriti pula adalah satu pertandingan yang sy nantikan secara peribadi. Rasional, kita sepatutnya sudah cukup bersedia untuk memulakan latihan intensif. :)
Dan harap-harap ada sesuatu untuk kita nnt.

Sebagaiman lazim, setiap pertandingan akan diadakan sesi latihan umum, pemilihan dan latihan intensif. Jadi, bagi yang berwawsan, bersedia dan berusahalah.

Sekian.

09 Disember 2009

Post Mortem Diraja 2009

Assalamualaikum,

Sy mencadangkan post-mortem debat diraja di buat seawal mungkin. Tarikh cadangan sy adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Disember 2009
Hari : Sabtu
Tempat: ---cadangan?---
Masa : 8.40 mlm.

Selagi diraja masih panas, elok lah kiranya kita buat post mortem secepat mungkin kan?
Sy mohon respon dari kalian. Sila berikan respon di ruangan komen. Klik 'comments' di bawah.

Saya juga ingin buah fikiran dari kamu semua tentang analisis debat diraja kali ini. jadi, harap-harap tiada yang datang dengan hati dan otak yang kosong lagi yer.
Kepada AJK tertinggi mahupun tidak tertinggi, mohon sediakan satu perspektif tentang perjalanan debat diraja kali ini - bermula dari latihan, pemilihan, dan segala yang berkaitan. Mohon perspektif, bukan sekadar atas angin.


Sekian sahaja.
Mohon respon segera.
Wassalam.

---kamaliah kasmaruddin---

07 Disember 2009

nk sambut tahun baru, wajah baru

salam...
dek kerana suka mencabar diri untuk menjadi lebih produktif setiap hari maka sy telah pun ubahsuai wajah blog DEMI.

ada beberapa section lagi yg memerlukan perapian, harap penulis2 lain yg ada access turut sama menjaga kebajikan blog DEMI. dan oh ya, sy baru terperasankan. (ade ke perkataan tu) nampaknya, satu polisi baru wajar diwujudkan, iaitu setiap ahli jawatankuasa tertinggi dan juga ahli-ahli jawatankuasa yg lainnya, mulai kini diwajibkan untuk menerbitkan satu artikel/ulasan/komen/pendpat/idea/hasil karya atau apa sahaja yg berbentuk ilmiah dan intelek di dalam blog ini.

rasional, kepimpinan melalui teladan, a good leader is a good follower? tak begitu?
klu bukan pemimpin yg memulakan tradisi, bagaimana yg dipimpin nak belajar sesuatu dan kekalkan tradisi?

sy harap, akan bermula lah pengisian penu makna di dalam blog kelab DEMI mulai bulan ini. harap-harap semua bg kerjasama.

wassalam.

p/s: analisa debat diraja akan menyusul kan? siapa agak2 nya yg berminat utk jadi YAB perdana menteri utk cadangka usul dan bentangkan kes yer?