20 Oktober 2008

Youtube : Mengawal Integriti atau Menyekat Kreativiti?

YOUTUBE,

Sebuah laman yang tidak perlu lagi diperkenalkan, kerana ia cukup dikenali diseluruh dunia. Sesiapa sahaja boleh memuat naik video masing-masing kedalam memori yang ada didalam laman ini. Dengan hanya mendaftar sebagai ahli, anda boleh mengakses semua jenis video dalam pelbagai kategori termasuklah yang berunsur pornologi.

Namun, percaya atau tidak terdapat sesetengah video didalam Youtube telah disunting atau diedit oleh pihak Youtube sebelum boleh tonton oleh pengguna. Ini mungkin ekoran gesaan beberapa pihak diseluruh dunia supaya pihak youtube melakukan kawalan ketat terhadap video-video yang dimuat naik didalam youtube memandangkan kebanyakan daripada pengguna youtube juga terdiri daripada kanak-kanak dan remaja.

Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah video yang telah hilang nilai seninya akibat suntingan yang melampau. Sebagai contoh filem berunsur seks dan triler yang menerima suntingan melampau sehinggakan sesetengah jalan ceritanya tergantung atau tidak diketahui. Ini amat menyukarkan bagi sesetengah pihak yang cuba menggunakan youtube sebagai media rujukan bagi sebarang projek berkaitan akademik sebagai contoh pelajar tahun akhir kursus berkaitan produksi filem.

Selain itu, pihak youtube sepatutnya meningkatkan mutu perkhidmatannya supaya setiap video yang terkandung didalam simpanan memorinya dapat ditonton dengan mudah dan mesra pengguna. Sepanjang penulis menggunakan youtube, memang sukar untuk penulis menonton video secara online dan terpaksa untuk memuat turun terlebih dahulu. Begitu juga dengan kualiti video yang dimuat naik kedalam youtube. Memandangkan penerimaan yang luar biasa daripada pengunjung diseluruh dunia, pihak youtube seharusnya cuba untuk mengehadkan kualiti video yang boleh dimuat naik. Sebagai contoh, video dengan fail .3gp dan .mpeg4 tidak dibenarkan. Ini kerana kedua-dua format fail video itu amat kecil dan adalah amat tidak berbaloi sekiranya ia dimuatnaik dan hanya membazir ruang sahaja. Lebih baik benarkan hanya video-video yang berkualiti tinggi sahaja. Barulah Youtube akan menjadi medan untuk rujukan dan perkembangan kreativiti berunsur nilai-nilai kesenian.

Namun demikian, kawalan yang dilakukan oleh pihak youtube terhadap video-video yang dimuat naik sebenarnya mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Sebagai contoh video-video yang berunsur ganas dan pornografi amat wajar dikawal namun perlulah pada adegan-adegan tertentu sahaja supaya nilai-nilai seni yang terkandung didalam video tersebut tidak terusik. Selain itu, pihak youtube juga perlulah lebih cenderung mengawal penyebaran dakyah, fitnah dan hasutan-hasutan yang berbaur perkauman dan keagamaan yang boleh menjejaskan keamanan dunia sejagat.

Sekiranya youtube telah telah menjadi sebuah laman memori fail video yang dipercayai, adalah amat tidak mustahil sekiranya youtube akan menjadi medan untuk guru-guru sekolah atau pensyarah-pensyarah Institut pengajian tinggi diseluruh dunia menggunakannya sebagai medan mengajar secara rakaman seperti nota, kerja kursus dan pengumuman penting. Saya rasakan, dengan sistem rakaman seperti yang saya nyatakan, ia akan lebih memudahkan pelajar-pelajar memahami apa yang diajar kerana mereka dapat melihat guru atau pensyarah mereka menerangkan ilmu-ilmu akademik melalui saluran youtube. Selain itu, ia juga akan memudahkan tugas guru atau pensyarah yang terlalu sibuk atau tidak sempat mengajar didalam kelas, dimana mereka boleh melakukan rakaman dan memuatnaiknya didalam youtube. Pelajar-pelajar akan mendapat sebarang bentuk pengajaran hanya dengan satu klik sahaja.

Lihat! bagaimana penangan youtube dalam dunia hari ini. Setiap benda didunia ini mempunyai baik buruknya. Terserahlah kepada anda untuk memilih yang buruk ataupun yang baik.

Penulis : ALI XY

19 Oktober 2008

PERSEMBAHAN DEBAT UNTUK BPR


USUL : KURIKULUM PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA BERJAYA MELAHIRKAN MODAL INSAN BERINTEGRITI.

Itulah usul yang dipilih untuk dipersembahkan ketika Jamuan Hari Raya bersama Badan Pencegah Rasuah. Panjang usul yang diperdebatkan kali ini.
Sudahlah baru kali pertama ingin berdebat di hadapan penonton yang agak ramai dan depan VIP, namun pihak kerajaan iaitu yang terdiri daripada DJ, Aku dan Faz berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik.


Pada kali ini, DJ bertindak selaku Perdana Menteri, aku memegang mandat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Faz sebagai Menteri Pertahanan.hamka sebagai simpanan..



Pihak pembangkang pula terdiri daripada Shahrul, James dan Jijah, yang sesungguhnya merupakan pasukan senior yang aku sanjungi….


Debat kali ini sebenarnya merupakan satu persembahan ketika Jamuan Raya bersama Badan Pencegah Rasuah. Kelab DEMI diberi penghormatan untuk membuat persembahan. Dan terima kasih kepada Kak Erny yang memberi kepercayaan kepada kami untuk berada di pentas buat pertama kalinya! Satu debaran, keseronokan, penghormatan dan yang paling penting, pengalaman! Sesungguhnya pegalaman berada di pentas ini merupakan yang paling menyeronokkan..


Memandangkan kami bertiga tidak pernah perform debat sebelum ini, kali ini kami benar-benar mengalaminya walaupun terdapat gangguan bunyi iaitu gema yang terhasil dari mikrofon yang sangat kuat, tapi secara peribadinya aku berpuas hati.Terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Intan, Syafiq, Ali n kawan-kawan lain yang turut sama membantu kami memberikan yang terbaik…


Masih kami ingat betapa berusahanya kami mencari fakta kes dan berlatih intonasi dan lenggok perdebatan dalam bilik. Kesian roommate kitorang. Sabar je laaaa…..huhu

Apapun, masih banyak yang perlu diperbaiki oleh kami, terutamanya aku. Pesanan dari Kak Erny, Kak Intan, James, Hamka dan kawan2 lain… ‘Huda, ko masih bercerita..bukan berdebat. Lenggok debat tu tak ada..’ huhu…terima kasih atas teguran yang membina itu…
So, lepas ni aku akan berlatih bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan. Semoga berjaya!!


(p/s : artikel berbentuk peribadi ini di salin daripada http://izzatulhuda.blogspot.com/)

10 Oktober 2008

DEMI Menang Cabaran Akademik UMT

3 Dara pingitan "mengapit" seorang Teruna....
Shafiq posing bajet Artis terkenal Malaysia

Dari kiri : Faz, James, Huda, Shafiq

Keluarga besar DEMI... Yakin je...

Muka Kegembiraan kerana menang anugerah..

Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI) telah mencatat rekod baru apabila kedua-dua kumpulan yang dihantar ke Pertandingan Cabaran Akademik Universiti Malaysia Terengganu 2008 telah mencapai kemenangan dengan merangkul tempat ketiga dan keempat.

Ini menunjukkan walaupun kelab DEMI hanya sebuah kelab Sosial, namun dapat mengatasi kelab-kelab berunsur akademik yang lain.

Tahniah di ucapkan.

06 Oktober 2008

CADANGAN MENGADAKAN MAJLIS ANUGERAH DEBAT UMT

Assalammualaikum w.b.t,

Sudah agak lama saya tidak menulis posting yang berkaitan cadangan peribadi demi kebaikan kelab dan entiti yang ada didalamnya. Kali ini saya ingin membuat satu cadangan yang mungkin akan mendapat beberapa kritikan daripada sesetengah pihak, namun penulis rasakan adalah perlu untuk menyatakan cadangan ini supaya Kelab kesayangan kita ini akan menjadi sebuah kelab yang disayangi dan mungkin disegani oleh warga Universiti.

Saya mencadangkan Kelab kita untuk mengadakan satu anugerah yang khas untuk ahli kelab. Saya yakin dengan adanya anugerah seperti ini, ia akan mampu menyuntik semangat untuk terus memperbaiki kualiti diri baik dari segi debat ataupun akademik. Sebagai contoh, kita mempunyai ahli kelab yang mendapat anugerah tinggi dalam bidang akademik seperti anugerah diraja, anugerah canselor dan macam-macam lagi. Namun kelab kita tidak mengambil tindakan dengan turut sama meraikan mereka dengan memberi satu cenderahati ingatan yang ikhlas daripada pihak Kelab diatas kejayaan mereka. Begitu juga dengan pendebat-pendebat yang tidak putus asa walau apa jua kritikan dan rintangan yang mereka lalui saat kegetiran diarena perdebatan, mereka sanggup untuk bersengkang mata semata-mata untuk memperbaiki kualiti persembahan mereka. Begitu juga dengan pembantu-pembantu pendebat yang bersama-sama untuk melakukan persiapan sebelum sesebuah pertandingan debat diadakan.

Saya mencadangkan pihak pengurusan yang akan datang supaya peka dengan cadangan ini. Jadikan majlis anugerah ini sebagai sebuah event tahunan yang ditunggu-tunggu. Dengan ini, Saya mencadangkan anugerah seperti berikut

Contoh;

1) Anugerah Pendebat Emas Universiti 2009
2) Anugerah Pencapaian akademik konvokesyen Terbaik
3) Anugerah Ahli kelab Berjasa
4) Anugerah Alumni berjasa paling diingati
5) Anugerah Pendebat bukan Ahli Kelab Terbaik

Saya mencadangkan disebabkan kita akan menempuhi AGM dalam waktu terdekat, Adalah perlu 2 anugerah didahulukan. Untuk Anugerah Pencapaian Akademik Konvokesyen Terbaik,kita hanya perlu memilih alumni debat yang sudah berkonvo dan mendapat anugerah paling tinggi. Manakala untuk Pendebat Emas Universiti 2008, kita serahkan kepada alumni untuk melakukan proses pemilihan atau melihat semua rekod pertandingan debat dan mata boleh dikira berdasarkan markah perdebatan atau bilangan merangkul gelaran pendebat terbaik dalam pusingan liga. Anugerah diberikan semasa AGM berlangsung. Buat masa ini, cenderahati berbentuk piala kecil yang termampu berdasarkan status kewangan kelab.

Saya harap cadangan saya ini diterima oleh pihak MT kelab.

Terima kasih.

Yang Benar;