30 Julai 2008

DEMInews : UIAM dan UiTM ke Final!!


Kota Kinabalu, 28 Julai 2008- Pertandingan Debat Alam Sekitar Peringkat Suku Akhir telah diadakan di Sekolah Kejuruteraan Teknologi Maklumat Universiti Malaysia Sabah, dimana 8 buah Universiti telah berjaya keperingkat suku akhir iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM),Universiti Sains Islam Malaysia(USIM),Universiti Malaysia Sabah(UMS), Universiti Malaya(UM),Universiti Teknologi Petronas(UTP),Universiti Teknologi Malaysia(UTM),Universiti Teknologi Mara(UiTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pada hari yang sama peringkat separuh akhir telah menyaksikan hanya 4 buah Universiti sahaja yang berjaya mara kehadapan iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM),Universiti Malaya(UM),Universiti Teknologi Petronas(UTP) dan Universiti Teknologi Mara(UiTM). Didalam Peringkat separuh akhir ini, Perlawanan yang menemukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Petronas telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Likas Kota Kinabalu manakala perlawanan yang menemukan Universiti Malaya dan Universiti teknologi Mara diadakan di Sekolah Menengah All Saint Kota Kinabalu.
Keputusan Pertandingan memihak kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dan Universiti Teknologi Mara(UiTM) untuk mara keperingkat Akhir yang akan berlangsung di Dewan Universiti Malaysia Sabah pada hari esok.
Pasukan Universiti Malaysia Terengganu akan bersama pasukan Universiti lain berada di Dewan untuk menyaksikan pertandingan yang cukup berprestij dan tertua dalam arena perdebatan intervasiti. -DEMInews

P/S KEPUTUSAN : UiTM JUARA!!

25 Julai 2008

Salam Perkenalan

Asssalamualaikum wbt,


Selamat datang adik-adik, adik-adik perempuan saya, adik-adik lelaki saya, adik-adik 1st year yang belum sempat bersua muka, salam perkenalan dari saya.

kemaafan dihulurkan dari pihak saya kepada setiap ahli kelab DEMI di atas kegagalan untuk bersama-sama kalian baik di alam maya mahupun di alam realiti, maaf seribu kali maaf. Terlalu banyak yang di lalui sepanjang ketiadaan saya mengisi ruang di dalam blog ini. namun begitu, nampaknya, blog ini masih berjalan. saya kira, blog kelab debat mahasiswa intelektual Universiti Malaysia TErengganu adalah antara blog yang paling aktif dalam membentangkan artikel. hampir tidak pernah sunyi (walupun ada, tapi hampirrr), dengan sajian untuk santapan emosi, rohani mahupun akal fikiran. Alhamdulillah, tidak sia-sia usaha kita bersama.

Saya ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH dan TAHNIAH (walaupun sudah terlewat sebenarnya) kepada ahli-ahli kelab yang bergraduat bersama-sama saya, Uzair, Fiza, She, K.Ewin, Syabby, Jimmy, Zahnita dan sesiapa yang saya terlupa nak sebut. Tahniah untuk anda semua. TErima ksih tidak terhingga kepada Uzair, K. Ewin, Syabby dan Zahnita kerana berjaya memaparkan nama DEMI dan arena Debat sewaktu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang. Itulah bukti Intelektual kita masih relevan. Saya kira, dengan kejeyaaan ahli-ahli kelab kita sebagai penerima anugerah terbanyak bagi sesebuah kelab, kita tidak harus gusar dengan berapa ramai yang akan kekal didalam kelab kita. kerna buktinya sudah nyata, orang yang memberika komitmen kepda kelab tidak akan rugi sedikit pun jika mereka benar-benar mahu berjaya.

Benar kata uzair, debat menajmkan fikiran, kelab DEMI adalah keluarga paling hampir yang anda boleh miiliki ketika di UMT, itu semua benar. Saya sendiri sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan memberikan ucapan keramatv sewaktu sesi ice breaking dengan junior 1st year tentang siapa DEMI, siapa keluarga DEI dan siapa kita. Rase terlalu rugi. Namun, saya pasti kalian pasti sudah menunjukkan kepada juniors melalui perhubungan kita. Harap-harap, keakraban kita tidak dibuat-buat, dan syaa harap junior 1st year dapat rase ape yang kita rasakan, satu keluarga. Insya Allah.

Akhir kata, buat keluarga DEMI saya, teruskan berusaha, giatkan usaha, tingkatkan usaha, jangan biaraka api semangat itu malap walau pun sesaat, ketahuilah, kita semua ada untuk kita semua. Buat Erny , Intan, JAmes dan ALi di negeri di bawah bayu, jgn putus asa, kita memang berupaya, kerana anda semua memang mampu! Wallahualam. Salam keakraban dari saya.


.:KAMALIAH KASMARUDDIN:.

DEMInews- Pasukan Debat UMT ke UMS

Kuala Terengganu,25 Julai 2008- Pasukan Debat UMT yang terdiri daripada Intan Shazlin, Erni Haslina, James Jam Jolie dan Aliashim Albani telah bertolak dari Universiti Malaysia Terengganu ke Kuala Lumpur sebelum mengambil penerbangan ke negeri dibawah bayu untuk menyertai Pertandingan Debat Alam Sekitar 2008 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah.
Pasukan Debat UMT diiringi oleh Encik Azrul selaku Jurulatih rasmi Pasukan Debat Universiti Malaysia Terengganu. Ahli DEMI mengucapkan selamat berjaya dan buat yang terbaik!! -DEMInews

18 Julai 2008

DEBAT ALAM SEKITAR 2008

Pada Malam 17 Julai 2008 bersamaan hari Khamis, Keputusan telah dibuat oleh Encik Azrul selaku Jurulatih Rasmi Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual (DEMI) untuk senarai Pendebat yang Terpilih mewakili Universiti Malaysia Terengganu ke Pertandingan Debat Alam Sekitar antara IPT Malaysia bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Berikut merupakan senarai nama Pendebat.
1. Intan Shazlin
2. James Jam Jolie
3. Erni Haslina
4. Aliashim Albani

Pada Majlis yang sama, para junior baru Kelab DEMI UMT telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk program Mentor Mentee.

Pertandingan Debat Alam Sekitar antara IPT Malaysia

Tarikh : 26 Julai - 29 Julai 2008

Tempat : Universiti Malaysia Sabah ( UMS )

Anjuran : MADUM & JAS

Usul :

Pusingan Pertama : Pembangunan Mapan Mampu Menjana Keseimbangan Alam Sekitar

Pusingan Kedua : Pencemaran Sungai di Malaysia, Sudah Tiada Harapan

Pusingan Ketiga : Demi Alam, Konsep Pencemar Bayar Perlu dikuatkuasakan

Pusingan Empat : Undang - undang Jawapan terbaik kepada Permasalahan Alam Sekitar

Pusingan Lima : Kitar Semula : Hangat - hangat Tahi Ayam

Pusingan Enam : Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia Tidak Tentu Arah

Suku Akhir : Kita Sepakat Menangani Masalah Perubahan Iklim Dunia

Separuh Akhir : Penggunaan Lestari Sumber Asli Menjamin Pemuliharaan Alam Sekitar

Akhir : Kita Cukup Serius Menangani isu Alam Sekitar

P/S : Liputan Berita Terkini dan Eksklusif Debat Alam Sekitar (Untuk Pasukan UMT) akan di paparkan didalam blog ini dan blog ALI XY bergantung kepada penyediaan Perkhidmatan Wireless oleh Pihak Penganjur. Anda boleh mengikuti perkembangannya dengan pantas dan tepat.

DEBATE, MORE THAN JUST TALK!!

15 Julai 2008

08 Julai 2008

LAYAN BLUES...

Mesti ada yang teringat pergi sekolah masa di waktu sekolah rendah dahulu bawa 50 sen sehari. Bawa bekal air, nasi kicap dan ayam goreng. Nasi lemak kat kantin sekolah 30 sen, air 20sen. Kalau cikgu suruh bawa gam, kita suruh mak kita masak tepung kanji. Ingat tak dulu kita buat buah durian dengan kertas minyak, kita balut pada belon. Batang betik, pelepah pisang, ubi kentang kita ukir jadikan corak masa kelas lukisan. Kertas warna koyak kecil-kecil tampal buat kolaj. Perasaan bangga kononnya diri inilah paling kreatif di dunia.

Masa kat sekolah rendah tu, setiap hari Isnin kita berhimpun, tangan atas bahu orang depan. Kita nyanyi lagu Negaraku version yang mengantuk tu sambil kawan kita naikkan bendera. Zaman jahil kita tu kita pakai seluar pendek biru dan baju putih. Aweks pakai blouse biru, baju putih juga. Biasalah kita 'skodeng' aweks tu kan. Mana ada baju kurung, tudung litup semua tu. Kita suka 'match' kan kawan-kawan kita, Ali nak kat Siti, Abu nak kat Ani. Nak apa tu, bersunat pun belum. Kita ada adik angkat, abang angkat dan kakak angkat sampai terangkat-angkat. Ingat tak dulu kita biasa kena cubit, kena ketuk kepala, tarik telinga, pulas perut, kena penampar, cubit ketiak, henjut telinga. Berdiri atas kerusi, atas meja, kerusi atas kepala kita, kalau kita tak buat kerja rumah. Ingat tak roti panjang, pembaris kuning kesayangan cikgu untuk pukul kita.

Cikgu tanya kalau besar nanti kita nak jadi apa, kita jawab kita nak jadi polis, askar, bomba. Aku jawab aku nak jadi doktor haiwan, sebab aku suka main dengan kucing. Kawan aku cakap nak jadi posmen. Bunyi loceng rehat kita tak rehat tapi kita main galah panjang, rounders bila masuk kelas semula mak aii bau hangit. Tengok kat koler baju mak aii hitam dengan daki. Ingat tak lagi, kita main tepuk daun terup kecik, kalau gambar daun terup tu terlungkup ke bawah kita dikira menang, daun itu jadi hak milik kita.

Hari ini kita semua dah bergelar mahasiswa. Rakan yang main guli dengan kita dahulu entah kemana. Untung kiranya kita bergelar insan terpilih memasuki IPT tatkala rakan-rakan lain masih menyepi di halaman sendiri. Selamat datang ke alam universiti. Mungkin kita lah yang menjadi harapan kampung sendiri. Hari ini, ramai masuk IPT terus lupa diri. Terus lupa tanggung jawab sendiri. Tak tahulah apa yang dicari. Ada yang hanyut dengan segala macam aktiviti, ada yang masih terus menyendiri, tak kesah lah kerna semuanya sudah tahu fikir sendiri.

Warga DEMI mengucapkan selamat datang buat adik-adik yang baru mengenali DEMI. Percayalah, inilah satu-satunya keluarga terdekat anda sepanjang pengajian di UMT ini. Anda bertuah kerana diberi kesempatan untuk mengenali kami.

Salam penuh kemesraan,
MOHD UZAIR RUSLI

04 Julai 2008

BAHASA KEBANGSAAN : BAHASA KELAS KETIGA?

Apabila anda melihat sahaja tajuk artikel kali ini, anda sudah tentu akan fikir penulis sekali lagi cuba untuk membuat spekulasi yang menimbulkan kemarahan pembaca. Tetapi saya harapkan disetiap artikel yang diluahkan oleh penulis perlu dipandang dari sudut positif dan bukannya dari sudut negatif semata-mata. Bukannya apa, cuma sekadar minta diberi peluang dan ruang yang selesa untuk penulis membuat penulisan secara bebas tanpa ada kongkongan. Penulis tahu batas-batas sebagai seorang blogger.

Baiklah, berbalik kepada isu kita pada kali ini, suka saya ingin mendedahkan kepada anda nasib yang menimpa Bahasa Kebangsaan yang "kononnya" menjadi lambang semangat bersatu padu rakyat Malaysia dan sering dilaung-laungkan sebagai simbol Bangsa Malaysia.

Bahasa melayu telah diwartakan sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia secara rasmi didalam Perlembagaan. Ini bermakna bahasa ini sewajarnya diangkat sebagai bahasa nombor satu dan sepatutnya dihormati dan disanjungi tetapi sayangnya...ia sebaliknya.

Sudah jadi "trademark" penulis untuk membuat penulisan asli berdasarkan pengalaman peribadi dan pemerhatian terhadap apa yang berlaku disekeliling. Untuk kali ini penulis akan menceritakan kepada anda pengalaman kerja sebagai Promoter Computer E-life Technologies di Bukit Tinggi Shopping Complex Selangor. Mesti anda tertanya-tanya apa pula kaitan kerja promoter dengan Bahasa Melayu?

Begini ceritanya...

Sebagai seorang promoter, penulis perlu fasih berbahasa inggeris atau bahasa cina. Bahasa melayu dijadikan sebagai syarat "cincai" sahaja. Yang penting pandai sikit-sikit bahasa melayu pun bolehlah... yang penting wajib tahu bahasa inggeris atau bahasa cina...

Sebenarnya penulis pun bukan fasih sangat bercakap bahasa mat saleh nie... cakap merapuh adalah.... yang penting boleh difahami... hehehe... Kadang-kadang menggelabah juga apabila customer rancak bertanya itu dan ini... berdegup-degup jantung berbunyi... dag-dig-dug...takut-takut kalau aku tak dapat membalas balik dengan jawapan yang tepat untuk setiap soalan yang diajukan.

Apabila kita bercakap mengenai bahasa kebangsaan, mesti dibenak kepala otak kita akan muncul frasa "bahasa Melayu". Sudah terpahat bahasa melayu sebagai bahasa rasmi Negara Malaysia, Ia Merupakan salah satu komponen yang menjadi tiang kepada maruah negara tercinta. Walaupun sudah diuar-uarkan mengenai status bahasa melayu sebagai bahasa utama negara, namun ironinya ia hanya dipandang sepi dan diabaikan seolah-olah ia hanya bahasa kelas ketiga.. Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang menjadikan bahasa inggeris dan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pertuturan harian dan mengabaikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantara utama.

Mungkin kita boleh maafkan sekiranya kaum bukan melayu tidak "gemar" menggunakan bahasa melayu, namun yang menyedihkan apabila orang melayu sendiri yang seolah-olah malu untuk menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan harian. Saya boleh buktikan. Apabila anda menggantikan tempat saya sebagai promoter E-LIFE, anda akan mendapati bahawa kebanyakan orang melayu akan menggunakan bahasa inggeris.

SITUASI 1 :

ALI : Ya bang.. Boleh Saya Tolong?
Melayu 1 : hmm.. Just looking around..

1 minit kemudian..

Melayu 1 : How can i use WiFi? <----------- ayat tergantung...
ALI : hmmm.. Sorry, you mean what kind of Network accecories needed for build a wireless network?
Melayu 1 : Yes, you got it!! <----------------?????
ALI : actually you must have 3 main accesories, first modem, second router and the third one is wireless. If you want to connect to more PC, you need buy Switch.
Melayu 1 : oh.. takpalah dik... nanti abang singgah sini balik... ( Dari awal-awal tak guna BM, menyampah!!)

SITUASI 2 :

MELAYU 2 : Hello... hello...(sambil muka sombong)
ALI : Ye kak? boleh saya tolong...
MELAYU 2 : sorry i can't speak in Malay... Can you show me the cable for to connect from CPU to the LCD Monitor?
ALI : Oh kak, you mean VGA cable. Ok we have two type of VGA cable, Female to Male or Male to Male. So for to connect from CPU to the LCD is Male to male... here the item...
Melayu 2 : OK Thanks..

2 minit kemudian...

Anak Melayu 2 : Mami, mana daddy?
Melayu 2 : ada dikedai sebelah.. pi sana .. jangan kacau mami...(sambil berbisik)

Daripada kedua-dua situasi itu, dapat kita lihat bagaimana kejahilan sesetengah orang melayu yang tidak memandang tinggi bahasa mereka sendiri. bahasa yang menjadi saksi perjuangan anak-anak melayu dizaman dahulu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah durjana. Dengan menggunakan bahasa ini jugalah, propaganda perjuangan tanah melayu disebarkan diseantero malaya. Dengan Bahasa ini jugalah bangkitnya semangat nasionalisme dikalangan pemuda-pemudi rakyat Malaysia berbilang bangsa untuk menuntut kebebasan.

Dizaman yang serba canggih ini, Bahasa melayu bagai kian terpinggir. Kenapa kita tidak berpegang tangan bersama-sama menjadi benteng yang utuh untuk mengelakkan bahasa kebanggaan kita itu daripada dianiaya oleh bahasa lain akibat kelalaian pihak yang kurang bertanggungjawab. Ayuhlah kita bersama-sama memartabatkan semula Bahasa Melayu supaya ia tidak terus menerus reput terabai dan mungkin hilang tidak bersisa kelak...

P/S penulis meminta maaf kerana tidak menggunakan perkataan atau ayat yang formal dalam penulisan ini.