31 Mei 2008

Duit Kemenangan-Milik Siapa?

Minta maaf jika saya "ter"jarang menulis artikel untuk blog kesayangan Famili DEMI ini. Sebenarnya saya dalam proses menulis sebuah artikel panjang yang khas untuk blog peribadi dan tidak sesuai untuk dipaparkan didalam blog ini.

Baiklah, Sebenarnya saya cuma sedikit "terjentik" untuk menyentuh mengenai duit kemenangan tidak kiralah dalam pertandingan pidato ataupun debat. Saya cuma berasa hairan, kenapa tidak ada sedikit "briefing" mengenai hal-hal sebegini dibuat sebelum pasukan atau individu yang bertanding bertolak ketempat Pertandingan? adakah kerana dari awal-awal lagi kita sudah set
didalam minda kita bahawasanya kita tidak akan memenangi sesebuah pertandingan? Saya rasa kita perlu buang "mind set" lapuk itu. Sekarang pendebat mahupun pemidato kita sudah berada dalam kelompok "developing" dan mungkin akan masuk ke dalam kelompok "developed". Jangan anggap perkara ini remeh-temeh apatah lagi kini pasukan UMT sudah mempunyai Seorang jurulatih dan pembantu jurulatih yang berkaliber.



Duit kemenangan dalam sesuatu pertandingan bagi saya adalah hak milik kelab. Bukan hak milik seseorang individu ataupun pasukan debat yang bertanding. Kita lihat bagaimana proses memberi tunjuk ajar sehinggalah melahirkan seorang pendebat ataupun pemidato yang unggul, semuanya dibuat dan diuruskan oleh Kelab.

Mungkin ada yang sedar tentang status kewangan kelab. Sebelum ini ada yang mencadangkan untuk membuat perniagaan bagi menambah wang kelab. Namun apakan daya, jika modal untuk berniagapun tidak mencukupi. Jadi bagi penulis, cara terbaik untuk mengumpul wang modal adalah melalui duit hasil kemenangan dalam sesebuah pertandingan. Semua Famili DEMI perlulah bekerja keras untuk mencapai kemenangan. Bayangkan, dalam satu semester sahaja, ada lebih daripada 2 atau 3 pertandingan debat. Itu tidak dicampur lagi dengan pertandingan Pidato.

Mungkin, kini adalah titik permulaan kita untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Kita jadikan setiap pertandingan sebagai suatu bisnes untuk menambah wang rizab Kelab.

Kita mesti ingat, Jangan tanya apa yang kelab boleh beri kepada kita tetapi tanya kepada diri sendiri apa yang boleh kita beri kepada kelab.

TIADA YANG MUSTAHIL UNTUK MENJADI JUARA!! YAKIN JE!!

29 Mei 2008

RESULT SEMESTER DIS 07/08

Ini maklumat yang baru kami terima dari pihak akademik. Keputusan peperiksaan boleh mula diakses pada hari selasa depan 3 Jun 2008. Harap-harap semua famili demi sukses. Kepada yang bakal bergraduat, saya doakan kalian semua dapat bergraduat dengan CGPA yang cemerlang. Jgn lupa adik-adik di UMT ni bila bergraduat nanti.

25 Mei 2008

Debator + Researcher = Debate Team

Berikut adalah cadangan peranan Researcher.

1. menyediakan fakta kes bersama-sama pendebat.
2.Save semua laman web yang berfakta didalam laptop masing2. Jangan delete sehingga habis pertandingan.
3. Fakta kes perlu dibuat dengan kemas dan tidak menggunakan singkatan bagi perkataan penting. Perkataan yang tidak penting seperti "Yang:yg" , "Apabila:apb" dsbnya.
4.Sebaik usul diumumkan, researcher perlulah memikirkan fakta kes yang sesuai terlebih dahulu yang "kena" dengan usul sambil berjalan menuju ke bilik persidangan.
5. sebaik tiba dibilik persidangan, jika team dalam site kerajaan, serahkan beg fakta kes kepada debator. diluar bilik kuarantin, sila cepat buka laptop masing-masing, buku atau majalah yang dirasakan ada fakta. Jika buku tersebut belum pernah dibaca, abaikan buku itu kerana anda hanya akan membuang masa.
6. Jika team dalam site pembangkang, anda buka fakta kes segera. Jangan bagi alasan anda sudah sorting fakta kes maka anda yakin tiada fakta kes yang dikehendaki didalam beg fakta kes. Anda mesti buka juga fakta kes. Cari satu persatu. perlahan-lahan... Pasti akan jumpa.
7. Jika tiada fakta kes, create satu fakta kes sendiri tetapi perlulah berpatutan dan tidak menyimpang daripada fakta yang sebenar. Serahkan segera kepada pendebat. Tidak kisahlah fakta itu merapuh, bagi je. Biar debator menilainya. Jika sesuai, debator akan gunakannya sebagai fakta kes dan edit sikit.
8. Researcher akan membawa semua fakta kes tidak kiralah kemana-manapun kecuali barang-barang peribadi pendebat. Rasionalnya, semasa saat genting, kadang-kadang debator akan mula gelabah dan mula lupa itu dan ini. Pernah wujud kejadian Fakta kes sebuah Universiti hilang.
9. Jangan beri komen negatif kepada pendebat sebaik tamat persidangan, komen untuk memperbetulkan kesilapan adalah dibolehkan. Ini kerana "rambut sama hitam hati lain-lain. Hubungan mesra diantara pendebat dan researcher adalah diperlukan... Siapalah pendebat tanpa researcher dan siapalah researcher tanpa pendebat. Kritikan semasa Post Moterm.
10. Hormati Pendebat.

11 Mei 2008

Perancangan, Niat dan Pelaksanaan

Assalamualaikum wbt,

Maaf kerana blog DEMI sudah sekian lama menyepi...dek tuntutan akademik dan peribadi...sy terpaksa mengambil cuti dari segala macam hal selama lebih seminggu. Maklum, baru selesai semester akhir di Universiti Malaysia Terengganu.

Tema hari ini adalah pasukan debat UMT. Lewat malam semalam, adek-adek DEMI datang melawat ke teratak usang sementara saya di sini. berbual tentang pidato dan sebagainya. Terdeti hati ini untuk bercerita, apakah yang menjamin kejayaan? Siapakah yang bertindak selaku tok dalang yang menentukan kejayaan berterusan? Saya gariskan tiga perkara utama. Perancangan. Niat. Pelaksanaan.

bersambung.....

07 Mei 2008

Informasi Terkini

Salam...
Ada blog baru yg patut anda semua jenguk...

http://www.chedet.com/