
31 Mac 2008
Assalamualaikum, saya yang menjalankan tugas ingin melaporkan. Semalam, 30 Mac 2008, ahli-ahli Kelab Debat Mahsiswa Intelektual telahpun menyaksikan satu fenomena yang pertama kali berlaku sepanjang penubuhan kelab yang penuh integriti ini. Ahli-ahli yang hadir termasuk kesemua ahli majlis tertinggi yang sebelum ini telah hadir dalam mesyuarat bersama dengan penasihat kelab Puan Rozita Jayus. Mesyuarat telah di gemparkan dengan keputusan peribadi presiden kelab DEMI Saudara Mohd. Shafwan Wahab untuk meletakkan jawatan beliau. Harap-harap, rajuk nya tiada, dan jika ada, usahla di bawa lama. Kami tetap bersama anda.
Oleh itu, pengerusi mesyuarat Nooraffizah Bujang Saili berserta penasihat membuat undian terbuka kepada ahli samada untuk membubarkan keseluruhan Majlis Tertinggi kelab atau hanya menggantikan presiden yang baru. Undian majoriti tapi tidak sebulat suara telah pun diterima untuk membubarkan keseluruhan kabinet pemerintahan kelab. Ironinya, angin politik kelab sama derunya dengan politik negara, rakyat-rakyat kian lantang bersuara dan semakin berpendirian sama juga dengan ahli kelab DEMI. Perubahan yang baik harapnya.
Maka, berlangsung sudah pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi yang baru kali ke 4 bagi semester ini. Beduk telah berbunyi, gendang sudah pun bertalu. Ahli Jawatankuasa Tertinggi, menampilkan muka lama dan baru. Apa yang bakal mereka bawakan dalam arus perdebatan, sama-sama kita nantikan. Memetik kata-kata Presiden DEMI yang baru, jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk kepimpinan baru ini. Namun, manusia itu biasa dan sama, tidak boleh tidak pasti ada ranjau dan duri yang menanti kepimpinan yang baru. Tanggungjawab bukan sahaja terletak pada bahu sang kepala pemerintahan, namun juga harus dipikul bersama ole keseluruhan Majlis Tertinggi DEMI. Saya kira, ahli-ahli menuntut perubahan yang positif sehingga mendesak mantan presiden meltak jawatan. Jadi, diharapkan, perubahan ini akan menjadikan kelab DEMI lebih maju jaya.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Majlis Tertinggi yang baru. Saya yakin, ahli-ahli kelab DEMI akan bersikap professional dalam menilai kalian dan semestinya, akan sentiasa setia dengan kalian. Tahniah sekali lagi.
Untuk itu, saya sertakan Majlis Tertinggi Kelab Debat Mahasiswa Intelektual yang baru.
29 Mac 2008
Perlantikan Menteri Besar Terengganu penuh kontroversi.
Sebelum itu, dikatakan, 22 ahli DUN Terengganu telah bersatu hati dan suara untuk memboikot pertabalan Menteri Besar Terengganu yang telah berlangsung di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Rasional bangkangan keputusan perlantikan Menteri Besar adalah kerana BArisan Nasional (BN) telah memenangi 2/3 kerusi di negeri tersebut. Manakala, pertikaian terus berlanjutan mengenai kuasa penamaan Menteri Besar Terengganu.
Turut dilaporkan, kononnya BN/UMNo sendiri tidak berdaya menyelesaikan kemelut perlantikan bagi negeri Terengganu ini sehingga bantuan kenyataan dari peguam negara diperlukan bagi menjelaskan kekeliruan. Selama ini, tidak pernah sejarah mencatatkan berlaku kemelut politik dan kuasa seperti ini sebelum ini. Peguam negara, Datuk Abdul Ghani Patail turut dipetik berkata:
Pelantikan Menteri Besar Terengganu dibuat oleh Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja menurut Perkara 14(2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Dalam hal ini, calon yang layak dilantik sebagai Menteri Besar hendaklah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu yang pada fikiran Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja boleh mendapat kepercayaan kebanyakan ahli Dewan tersebut.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyedari sepenuhnya tentang peruntukan tersebut dan bahawa Baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar. Ini adalah kerana menurut perkara 34(1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi Baginda sebagai Raja Negeri Terengganu kecuali fungsi sebagai Ketua Agama Islam.
Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon Baginda sendiri bagi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja, dan baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut.
Dalam soal pemilihan Menteri Besar, Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja adalah terikat dengan peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan sesiapa jua daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu yang pada fikiran Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja mendapat kepercayaan kebanyakan ahli Dewan tersebut hendaklah dilantik.
Dalam hal yang sedemikian, mana-mana orang yang dilantik sebagai Menteri Besar bukanlah calon Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja atau sesiapa jua tetapi seorang yang dilantik menurut Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Oleh kerana itu dalam hal pelantikan Menteri Besar, tidak berbangkit isu perebutan antara Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja pada satu pihak dengan Kerajaan Negeri pada satu pihak lain. Proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.


Walaup apa pun yang diperkatakan, nampaknya, Majlis Penasihat Pemangku Sultanm Terengganu telahpun membuat keputusan yang tidak boleh dipertikaikan. Dengan melantik Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru. Disebalik kenyataan berani ahli DUN Terengganu yang akan meletak jawatan jika Datuk Seri Idris Jusoh tidak dilantik, boikot semasa majlis pertabalan, dan kenyataan "tidak kisah" Datuk Seri Idris Jusoh, akhirnya, yang terpilih sudah dipilih oleh yang layak memilih. Jadi, apa pandangan kalian? Siapakah yang berkuasa untuk melantik Menteri Besar? Apakah beza kuasa Sultan dan Parti?
22 Mac 2008
Malam Kemuncak Piala Naib Canselor
HAVOTECH telah mencatatkan rekod tanpa kalah pada peringkat pusingan PNC dengan 5 kemenangan. Manakala Double Helix mara ke separuh akhir dengan 4 kemenangan. Kedua0dua pasukan mempertaruhkan muka lama dan muka baru dalam arena perdebatan Universiti Malaysia Terengganu.
Havotech yang dianggotai oleh Wan Mahfuzah (Jijah), James Jam Jolly (Ja-mes) dan seorang muka baru. Manakala, Double helix pula menyaksikan "comeback" Mohd Hasri Bakri, Intan Shazlin Tajul Ashikin dan seorang muka baru yang berpotensi besar Nur Izzati. Pada pendapat saya, keseimbangan kedua-dua team harus diperbaiki. Mungkin memerlukan strategi yang lebih berkesan untuk menutup kekurangan dan menonjolkan potensi sebenar setiap pasukan.
Pertarungan separuh akhir yang menyaksikan beberapa pasukan pilihan pertandingan gagal memboloskan diri ke peringkat separuh akhir. Perlawanan separuh akhir adalah diantara Havotech dan Nrec, manakala Double Helix bertemnu dengan Diploma Perikanan.
Buat makluman semua, pasukan Diploma Perikanan adalah finalis pada Debat Piala Rektor yang terakhir, bersama-sama dengan pasukan Marina (biologi marin). Namun kali ini pasukan Marina tidak menghantar wakil ke pertandingan debat PNC kali ini. Persembahan Pendebat tunjang bagi pasukan debat Revof ini, Mohd Shahrul Hafiz telah mengejutkan pihak hakim dengan peningkatan mutu perdebatan yang mengagumkan. Tahniah, Mohd Shahrul. Namun diharapkan ini dijadikan suatu semangat agar yang lain terus berusaha memperbaiki kesilapan diri dan bagi yang telah meningkat prestasi, harap masih teruskan belajar dan memperbaiki diri. Akhir kata, dijemput semua penuntut Universiti Malaysia Terengganu untuk bersama-sama menghadiri pertandingan akhir Debat Piala Naib Canselor yang penuh berprestij ini. Majulah debat untuk mahasiswa kita!!
21 Mac 2008
Sekilas Debat Piala Naib Canselor 2008
Pada 20 dan 21hb Mac 2008 telah berlangsung Pertandingan Debat Piala Naib Canselor. Pertandingan yang disertai 10 pasukan dari pelbagai program. pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang melibatkan sebanyak 5 perlawanan yang berlangsung selama 2 hari. Pada 21hb Mac 2008, 4 pasukan teratas akan memasuki pertandingan peringkat separuh akhir yang bakal menentukan siapa yang akan berentap di pentas akhir.
Walaupun penyertaan yang kurang memberangsangkan, namun, sambutan dan sokongan sepanjang pertandingan amat membanggakan. Pasukan yang bertanding masing-masing bersedia dengan jentera penyokong dan penyelidik masing-masing. Perdebatan yang berlangsung di kompleks kuliah telah menyaksikan ramai muka baru yang amat berpotensi. Apa yang diharapkan, perjuangan pendebat-pendebat tidak berakhir di sini. Kelab Debat Mahasiswa Intelektual sentiasa mengalu-alukan dan menantikan kedatangan anda ke kelab yang berprestij ini.
Penganjuran debat Piala Naib Canselor ini diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili Universiti Malaysia Terengganu dalam Pertandingan di perinkgkat kebangsaan nanti. Selamat maju jaya kepada semua! Majulah debat dalam Peradaban!!
06 Mac 2008
Manutha menyanyi mase baratham!!!
salam sejahtera semua...ini ade erita menarik mengena ahli kelab kita...pendebat bahasa inggeris..manutha..maaf...takdegamba..sesape yg ade tolong bagi...kebetulan..masa itu, saya dan rakan serumah pergi meraikan baratham..sokong muhibbah la katakan..memang menarik sekali malam tu..sampai sy rasakan..persembahan pembuaan tu boleh dijadikan persembahan untuk Debat Kemerdekan semasa UMT jd tuan rumah nanti..sangat fresh...semua kaun ada...cina, india , melayu dan siam..takla "typical" sangat guna tarian "dia datang" kan?
herm..memang menarik...lebih menarik lagi melihat adik kelab kita manutha..gadis kecil bersuara nyaring membuat persembahan.
Memang menarik..duet lagi tu. tapi saya tak tajuknya. sejurus selepas manutha keluar, saya berteriak pada rakan serumah. ehhhh..tu junior saya..manutha. ehhe..terasa bangga. apapun..tahniah manutha...if u r readng this. bagila gamba. boleh post kat blog. :D
Kepada juniors lain..bila lagi nk cuba sesuatu yang tak dijangka?05 Mac 2008
Blog DEMi telah diluluskan dengan rasminya!!
Assalamualaikum pembaca sekalian..
mohon maaf...sudah lama blog ini tidak di update lantaran kesibukan peribadi dan sebagainya. ingin saya kongsi bersama pendebat-pendebat UMT, pendebat IPTA/S diluar sana, sesungguhnya blog ini telah diberi mandat selaku blog rasmi kelab Debat Mahasiswa Intelektual yang telah diluluskan oleh Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT. Sekalung hniah buat insan-insan yang telah berjuang untuk merasmikan blog ini : Penasihat kelab yang disanjungi dan disayangi Puan Rozita Jayus, Presiden Kelab Mohs Shafwan Wahab, dan tentu sekali insan yang berjasa Timbalan Presiden Erni Haslina. Kepada "pencoret" blog ini Kak Amni dan Huda, ayuhlah kita lebih giat meletakkan postings yang berilmu dan menjana intelek. Kepada insan yang berminat, untuk meletakkan postings, sila emailkan kepada kami. [kamaliah:k.kamaliah@yahoo.com].
Semoga dengan perasmian blog ini, akan lebih rancak perjalanan blog ini, dan harapan saya, apabila penubuhan Alumni kelak, kita dapat membuat laman web kekal [web hosting berbayar] untuk kelab ini. Wallahualam.