29 Disember 2008
DEBAT ITU UNIVERSAL
Apabila kita bercakap tentang Debat, semua orang pasti akan membuat persepsi awal mengatakan golongan yang terlibat didalam cabang seni ini sebagai golongan yang serius dan "laser semata".Ada juga segelintir pihak yang melabel pendebat-pendebat ini terdiri daripada pelajar sastera atau sains sosial sahaja.
Namun hakikatnya,Untuk pengetahuan pihak tertentu yang melabelkan pendebat Universiti hanya terdiri daripada pelajar sastera atau sains sosial semata, semua itu adalah salah. Kita lihat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) umpamanya, pada 2007/2008, UMT mempunyai hanya seorang pendebat daripada kalangan pelajar sains sosial (Ekonomi) manakala pada 2008/2009, Debat UMT didominasi sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Sains Tulen dan Teknologi Kejuruteraan. Ini menunjukkan betapa Debat tidak semestinya "dimiliki" oleh pelajar Sains Sosial.
Kalau dilihat di Universiti lain, Debat UMP umpamanya didominasi oleh pelajar Kejuruteraan, USIM pula didominasi oleh pelajar sains tulen dan Perubatan. Begitu juga dengan UNIMAP, UPNM, UTP dan lain-lain. Sifat Debat itu adalah Universal. Sesiapa sahaja boleh berdebat selagi mana mereka boleh mengeluarkan suara dan tidak cacat pertuturan.
Semoga persepsi yang tidak baik tentang debat dapat dihapuskan. Perlu diingat betapa debat merupakan salah satu jalan terbaik untuk mempertingkatkan tahap keyakinan dan kemahiran berkomunikasi didalam setiap individu. Penulis berpendapat, Debat sepatutnya dijadikan salah satu subjek khusus dan diajar disemua institusi Pengajian Tinggi memandangkan kebanyakan graduan gagal mencari peluang pekerjaan dek kerana kurang kemahiran berkomunikasi. Penulis yakin apabila Debat menjadi subjek khusus, Negara mampu melahirkan generasi modal insan yang berkualiti dimana mampu berkomunikasi disamping berupaya untuk berfikir secara kritikal dan kritis.
Untuk Mahasiswa UMT, anda tidak akan rugi sekiranya aktif didalam Kelab Debat Mahasiswa Intelektual kerana disamping memperoleh ilmu Debat secara percuma, anda juga berpeluang mengikuti pasukan debat ke serata Universiti di Malaysia. Jangan bimbang kerana Kelab DEMI mementingkan "Keintelektualan" ahlinya. Majoriti Ahli DEMI adalah terdiri daripada Mahasiswa-mahasiswa yang cemerlang dari segi Akademik. Anda tidak akan menyesal sekiranya anda menyertai Keluaga Besar Kelab DEMI.
Kami melihat respon tangan anda, samaada anda menghulurkan tangan berjabat tanda menerima kami sebagai keluarga anda atau melambai tangan tanda tidak menerima kami.
sila buat respon tangan anda SEKARANG! :-P
DEBAT DIRAJA 2008 -ULASAN
Untuk Edisi Kali ini, UMT telah menghantar 3 pasukan Debat Bahasa Melayu dan 3 Pasukan Debat Bahasa Inggeris. Berikut merupakan senarai nama pasukan debat UMT kategori Bahasa Melayu.
Penasihat : Puan Rozita
Jurulatih : Encik Azrul
Alumni yang hadir : Cik Fizah dan Encik Albar Sharie (Zain)
Ketua delegasi Pasukan : Cik Huda
Pasukan UMT UTAMA A : Aliashim,Quratul'aini,Mahfuzah, Hadija dan Shafiq.
Pasukan UMT UTAMA B : Erny Haslina, James, Intan Shazlin, Izzuddin dan Shikin.
Pasukan UMT MUDA : Shahrul, Nasrul, Helmi, Hamka dan Fauzee.
Untuk Kali ini, Pasukan UMT tersungkur di pusingan liga dimana Pasukan UMT tidak layak mara kepusingan berikutnya. Pasukan UMT UTAMA A menang 3, Pasukan UMT UTAMA B menang 2 dan Pasukan UMT MUDA menang 2.
Walaubagaimanapun, Pasukan UMT telah menunjukkan sedikit peningkatan dari sudut kerjasama dan persembahan. Pelbagai masalah yang menjadi punca kekalahan telah dapat dikesan dan ini telah menuntut untuk membuat sedikit pembaharuan dari sudut penyampaian konsep dan fakta. Kemungkinan pasukan UMT akan membuat sedikit pembaharuan dari segi strategi pasukan memandangkan terdapat beberapa taktik atau teknik penghujahan yang tidak lagi sesuai untuk dipraktikkan pada masa kini. Ia termasuklah dari segi susunan definisi usul, gaya rentak hujah dan penerimaan atau penolakan konseptual.
Dengan kemunculan bintang debat muda UMT, satu sinar baru bakal menerangi semula harapan pasukan Debat UMT untuk menjadi pasukan Gergasi Debat Pantai Timur dan insyaallah akan menjadi muka baru kuasa Debat Intervasiti Malaysia. Pembangunan Debat di UMT suatu ketika dahulu sedikit lembab memandangkan ketiadaan jurulatih dan kekurangan ahli. Namun demikian, beberapa pendebat Hebat telah dilahirkan seperti Albar Shahrie, Azrul, Laila dan ramai lagi.Sekarang UMT telah mempunyai Jurulatih sendiri dan mendapat sokongan kuat daripada pihak HEP, ditambah lagi UMT kini mempunyai barisan pendebat baru yang bakal membawa nama UMT keperingkat yang lebih tinggi.Maka, tidak mustahil UMT bakal membuat kejutan.
Siapa tahu, Suatu masa nanti UMT akan berada di pentas Akhir Debat Diraja !!!
"Gemuruh Jiwa, Semangat membara"!!
Penulis berjiwa Debat,
ALI XY
13 Disember 2008
Perlawanan persahabatan antara IPT Pantai Timur
CADANGAN PIHAK LUAR
-VP kelab orator APIUM Nilam Puri,Kelantan-
http://oratorclub.blogspot.com
05 Disember 2008
Rangkuman Debat Diraja.
Pasukan Pendebat BM
Team Utama A : Ali, Aini, Jijah, Dj
Team Utama B : Erni, James, Intan, Din
Team Muda : Shahrul, Nasrul, Helmi, Hamka
Pembantu Pendebat : Huda, Shafiq, Po-G, Syikin.
Hakim dari UMT : Encik Azrul, Puan Rozita dan Cik Fizah
Keputusan Pertandingan (Sumber : akademidebat.com)
SEKILAS JOHAN DEBAT DIRAJA (PASUKAN UTAMA)
1995: UIAM
1997: UKM
1999: UIAM
2000: UTM
2001: UIAM
2002: USM
2003: UMS
2004: UMS
2005: UPM
2006: UM
2007: UIAM
2008: UPM
UPM Juara Kategori Utama Debat DiRaja 2008
(Sumber : Alumni Debat Malaysia (ADAM))
3 Disember 2008, Gombak - Pada 2 Disember 2008, jam 2.00 petang Pertandingan Akhir Debat Di Raja Bahasa Melayu Kategori Muda telah diadakan di Auditorium Utama UIAM. Pertandingan kali ini menemukan pihak kerajaan daripada USM dan pihak pembangkang daripada UPM. Usul yang diperdebatkan adalah "Menangani Masalah Alam Sekitar Tanggungjawab Negara Dunia Ke 3". Perlawanan kali ini hanya boleh diklasifikasikan sebagai baik. Konsep yang dibuka oleh pihak kerajaan agak rumit. Di pihak pembangkang pula ketiga-tiga pendebat kurang konsisten dalam melawan kes. Pihak kerajaan mengemukakan konsep yang agak truistik hanya untuk membincangkan apakah peranan negara dunia ke 3 dengn merujuk kepada negara membangun sahaja. Pihak pembangkang mempersoalkan tentang dunia ke 3 itu kerana ia bukan sahaja melibatkan negara membangun tetapi juga negara mundur. Namun pihak pembangkang gagal membuktikannya kerana di dalam penghujahan di pihak mereka tidak pernah diceritakan tentang negara mundur. Penghujahan mereka berlandaskan kepada kekangan-kekangan yang dihadapi untuk membuktikan premis mereka. Mutu perlawanan masih boleh ditingkatkan kerana respon daripada kebanyakan pendebat yang hadir pada perlawanan itu kurang memberangsangkan. Akhirnya kemenangan berpihak kepada USM dan pendebat terbaik adalah Nor Fara Syazwani daripada UPM. Kemudian pada sebelah malamnya pula lebih kurang jam 8.00 malam telah diadakan Pertandingan Akhir Debat Di Raja Bahasa Melayu Utama di Pusat Aktiviti Kebudayaan (CAC) UIAM. Pertandingan kali ini menemukan pihak kerajaan daripada UPM dan pihak pembangkang daripada UIAM. Usul yang diperdebatkan adalah “Rumah Putih Cuma Bertukar Warna”. Perdebatan kali ini boleh diklasifikasikan sebagai amat baik. Pertembungan hujah berlaku di antara kedua-dua pihak secara intelektual dan hebat. Pihak kerajaan mengunjurkan konsep dengan amat baik sekali dan pihak pembangkang juga melakukan tugas mereka dengan baik. Namun, ada sedikit permasalahan berlaku yang dapat dilihat di meja pembangkang, mereka melawan kes dengan mengatakan hujah pihak kerajaan berasaskan spekulatif semata-mata, tetapi apa yang lebih jelas, hujah di pihak mereka sendiri lebih spekulatif kerana mereka hanya menggunakan manifesto-manifesto Obama ketika pilihanraya yang sukar untuk dibuktikan yang ia mampu mengubah dasar karajaan Amerika. Pihak kerajaan pula membuktikan kes mereka melalui dasar-dasar Amerika yang sukar dipinda, sejarah presiden terdahulu yang lebih realistik Akhirnya kemenangan berpihak kepada UPM dengan juri 4-3 dan pendebat terbaik kali ini dimiliki oleh saudara Amiruddin daripada UPM.
- Oleh nawhki-Rujukan Lain : (1) (2) (3) (4)

