Sampaikan Salam Aidilfitri anda diruangan Komen dibawah. Semoga ikatan kekeluargaan diantara kita akan berkekalan.
19 September 2008
18 September 2008
KEMPEN DERMA DARAH
Pusat Kesihatan Pelajar UMT dengan kerjasama Unit Tabung Darah HSNZ akan menganjurkan Kempen Derma Darah Perdana IPT Sempena Ramadhan sebagaimana berikut :-Tarikh : 20 September 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 malam hingga 11.30 malam (Selepas Solat Tarawikh)
Tempat : Kafetaria Kolej Penginapan Pelajar Tok JembalMasa : 9.30 malam hingga 11.30 malam (Selepas Solat Tarawikh)
* Sijil penghargaan dan cenderahati disediakan.
02 September 2008
All the best!!
assalamualaikum...
pertamanya, selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam sekalian. gunakanlah peluang yang ada sebaiknya untuk menambah ilmu dan meningkatkan amal ibadah masing2..
sebelum pergi jauh, saya nk ucapkan tahniah kepada adik2 yang mempunyai semangat untuk terus berada dengan DEMI. tahniah semua. saya rasa cukup bangga mempunyai adik2 yang begitu bersemangat untuk berdebat sehinggakan dah ada yang membuat mock antara team yang dibina sendiri. tahniah untuk semua yang terlibat.
sesungguhnya, inilah semangat yang kita mahu!
tak perlu tunggu hari latihan atau perjumpaan untuk mock. kalau ada masa terluang, dan rasa nak berdebat, teruskan niat anda. lagipun, semuanya merupakan pendebat. dan sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan adalah merupakan satu cara untuk belajar...semua dah besar, dah boleh fikir dan boleh buat keputusan sendiri. jadi, fikirlah yang terbaik untuk anda...=)
semalam telah diadakan meeting kelab DEMI. walaupun ada segelintir ahli kelab yang tidak hadir disebabkan hal2 tertentu, perjumpaan masih diadakan dengan efektif. dan memandangkan DEMI telah menerima junior yang ramai, jadi kita akan gunakan sistem baru dalam DEMI. kita akan adakan mock secara liga antara team2 yang dibina sendiri. 'team by heart'...melalui mock ini, kita sebenarnya akan lebih faham dan belajar. sememangnya segala apa yang kita belajar tidak dapat digunakan andai tidak diaplikasikan dan dibuat praktikal. jadi, mahu atau tidak, setiap orang mesti berdebat untuk merasai dan mendalami 'aura' perdebatan itu. saya kira, sekarang adik2 semua mesti mempunyai semangat berkobar-kobar untuk berdebat selepas kita semua melihat tatacara perdebatan melalui Debat Kemerdekaan yang diadakan di UMT baru2 ini. jangan hangat2 tahi ayam ye... kalu rasa macam dah nak sejuk tu, panaskan balik.!! dengan cara apa..masing2 fikirla ye..=)
sekali lagi tahniah buat adik2 yang begitu tabah ketika menjadi LO. walaupun, rasa macam kena buli (ada ke?), tapi sebenarnya kita semua sedang belajar...saya tahu, tugas itu berat tapi sememangnya anda semua adalah yang terhebat!
kalau tak, takkan universiti lain memuji pengurusan kita. betul tak?
terima kasih juga kepada sahabat2 dari MPP dan JKPP yang sama2 berjuang dengan kitra. tahniah untuk semua.
akhir kata, diharapkan semua ahli family DEMI berusaha mencipta kejayaan buat DEMI. practice make perfect!!

01 September 2008
Tanhiah kepada semua
Salam...
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa sukarelawan pelajar bagi Pertandingan Debat Kemerdekaan 2008.
Jauh di sudut hati saya sangat tersentuh dengan komitmen padu adik2 sekalian; tak pernah sekalipun saya terdengar atau mendengar keluhan atau rungutan adik adik sekalian semasa mereka membuat kerja. Urm hinggakan mendapat pujian dari kebanyakan universiti tau...Kata mereka ini adalah antara penganjuran terbaik yang mereka terima sepanjang pertandingan debat!
Meskipun ini adalah penganjuran pertama UMT namun kita berjaya buktikan yang kita juga mampu memberikan yang terbaik malah sekaligus membuktikan bahawa mahasiswa kita adalah mahasiswa kelas pertama :)
Sebagai seorang yang terlibat secara langsung bagi acara ini, saya ingin menasihati adik-adik sekalian; usah berputus asa walau bagaimana penat dan susah perjalanan hidup di UMT ni. Jangan takut untuk terlibat aktif dalam DEMI. Masa tidak menunggu kita bahkan kalianlah yang perlu mengejar masa. Jangan lepaskan sebarang peluang untuk bergiat aktif kerana itu lah merit yang terbaik sebagai bekalan memohon kerja kelak.
Kecemerlangan akademik sememangnya satu kemestian yang tidak boleh dipertikai; namun penglibatan aktif dalam bidang ko-kurikulum juga tak kurang pentingnya.
Mengambil diri saya sendiri sebagai contoh; saya tidak mempunyai kejayaan akademik yang gemilang mahupun anugerah yang berderet, cuma apa yang saya ada hanyalah kemahiran komunikasi serta pemikiran yang kritikal hasil pengalaman dari Kelab DEMI yang memberikan saya sedikit sahaja kelebihan berbanding mahasiswa lain. Dan saya kira kejayaan saya yang tidak seberapa pada hari ini mungkin tidak menjadi kenyataan andainya tiada KeizinanNya selain usaha memperbaiki diri melalui Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual!
Selamat datang kepada Ahli baru dan jangan berputus asa!
Menerobos sempadan diri,
Maizah

Langgan:
Catatan (Atom)