24 Ogos 2008

Final Debat Merdeka : UPSI VS UTP




Kuala Terengganu, 24 Ogos 2008 - Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Petronas telah menempah tiket keperingkat Akhir Debat Kemerdekaan antara IPT Malaysia 2008. Dalam Peringkat Separuh Akhir, UPSI telah mengalahkan USIM manakala UTP telah mengalahkan UM.
Pertandingan Debat Kemerdekaan 2008 Peringkat Akhir akan diadakan di Dewan Sultan Mizan (DSM) Universiti Malaysia Terengganu pada 25 Ogos 2008. Semua rakyat Malaysia dialu-alukan untuk hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

05 Ogos 2008

DEBAT KEMERDEKAAN 2008



Info : Usul telah difakskan kepada setiap Universiti masing-masing.

Kuala Terengganu 17 Ogos 2008- Satu bengkel Debat telah diadakan untuk memberi pengetahuan asas kepada para sukarelawan Pertandingan Debat Kemerdekaan 2008 tentang tugas mereka sepanjang pertandingan debat diadakan. Bengkel itu bertujuan untuk memastikan setiap sukarelawan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik supaya pertandingan yang akan diadakan di Universiti Malaysia Terengganu meninggalkan kenangan manis kepada setiap delegasi Universiti yang bertanding.