Pasukan Debat UMT telah pun berangkat pada 7hb lalu utk ke UMP bagi menyertai pertandingan debat perpadauan.
Semase pendaftaran, mereka diberitahu yang penyertaan terpaksa dibatalkan kerana kaum Suluk kaum bg pendebat muda UMT (ALiashim ALbani) tidak tersenarai dalam "senarai pendek" yang telah dibuat.
Ini pelik, sbb menurut pengalaman saye, list nye panjang. Sampai 2 muka surat. Alasannya, kebanyakan pendebat dulu tidak menunjukkan bukti untuk mengesahkan kaum. Hrmm..uni mane la tu agak2 nya kan.
Ada 2 lagi universiti yang menerima nasib yang sama, UPSI dan USIM. Sy bertanya kepada salah seorang dari delegasi UMT, buat lah rayuan, namun, malangnya, rayuan hanya di buat setelah hari pertma berlalu. pada saye, apa gunanya.
Ada desas-desus senior yg kecewa dgn berita ini. Responnya, kenape mereka seolah-olah tak fight langsung?hmm pada sy..seandainya mereke tidak mengiktiraf kaum Suluk ini sebagai etnik lain, sy kire ini satu diskriminasi, hanya kerana mereka minoriti, tidak bermakna mereka tidak mewakili kepelbagaian kaum di Malaysia yang menjadi simbol negara. Seandainya mereka dinafikan hak untuk bertanding, walhal, sudah termaktub mereka bukan bumiputera, apa lagi persoalannya?
ini sedikit info mengenai kaum Suluk :
Kaum Suluk atau Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu KUPOT dan tarian, Daling-daling. Di sabah pusat petempatan bagi orang suluk adalah terletak di daerah kudat,semporna,sandakan,lahad datu,kota kinabalu,menggatal,tuaran,telipok.
Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu". Orang Tausug hingga hari ini masih menjadi pelarian samada di Sulu atau di Sabah kerana tidak mengakui ketuanan Filipina keatas Negara mereka Sulu. Mereka saban tahun memerangi Kerajaan Filipina kerana menganggap diri mereka dipencil dan dianiaya oleh kerajaan Filipina hingga hari ini.
Kaum Tausug atau Suluk adalah majoriti di kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Tausug atau Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).
Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.
lihat tu, kaum suluk ada bahsa nya sendiri. jadik, klu ali dsh boleh berbahsa Melayu dgn baik. bagusla.dan saya turut difahamkan, semua pendebat masih berada di UMP sehingga hari ke 3, kecuali, Nor Affizah yang pulang awal. Sekian. Wssalam.


