20 November 2007

RoYaL DeBaTE- Dugaan dan Cabaran

assalamualaikum....
lame sudah tak bermadah di blog ini...buat pengetahuan semua...
1. blog saya sudah takde..dah di delete...
2. blog ini akan menerime seorang lagi author
ok..itu sahaja pasal blog...
Debat Diraja UiTm shah alam...pelbagai konflik, konspirasi dan halangan yang melanda...
disebalik keindahan gelak tawa dan gurau senda semasa latihan yang tidak terlalu gigih....
masalah keyakinan diri dan kemahuan bercampur baur dengan etika dan professionalisme pendebat...sehingga melibatkan ikatan kekeluargaan yang dibina dengan penat lelah...
pelbagai perkara berlaku..pelbagai isu timbul...namun tetap diharapkan..impian semua utntuk kita pendebat UMT menempa nama bagi DEbat yang berprestij ini tercapai....andai kata kita berusaha..insyALLAH ada yang akan membantu...
bersikap profesional, optimistik dan realistik...dengan sedikit unsur pesimistik bagi tidak terlebih yakin amat diperlukan bagi menempuhi hari pertandingan kelak...
hasrat mantan presiden untuk menghantar empat batalion untuk ke pertandingan tidak kesampaan..sehinggakan ada yang terpaksa dilukakan dan dikecewakan lantaran tidak cukup berpengalaman untuk diturunkan sebagai pendebat...
Walaupun sebegitu, apa yang diharapkan..api semangat, bingkisan minat dan kecintaan yang terbina terhadap kelab dan arena debat takkan lenyap dibawa arus kekecewaan dan lunyai dibelasah kemalasan....
Dikesempatan ini, ingin saya melampirkan kata-kata kemaafan saya di atas sikap yang emosional dan tidak profesional tatkala pembubaran pasukan di umumkan dengan nama pasukan yang baru digandingkan...terbit rasa di khianati yang teramat sehingga kata-kata ayng tidak sepatutnya dan espresi emosi yang tidak patut telah saya tunjukkan kepada kakak-kakak dan abang-abang, rakan dan adik-adik yang disayanagi sekalian. perasaan itu datang tanpa di undang, namun manusia mana yang tidak membuat kesilapan..harap di maafkan...
Agar kita lebih rasional dan professional dalam arena perdebatan, moga-moga semua mengambil iktibar termasuk diri ini, agar tidak mudah melatah dengan apa yang berlaku. selidiki apa kekurangan diri, setiap masalah ada jalan pennyelesaian..dan jalan penyelesaian tidak pernah mesti satu...pilihan itu sentiasa ada..sama ada kita melihatnya ataupu tidak...
Wallahualam.....